Isnin, 22 Ogos 2016

Fifty4ferns janda baik


Assalammualaikum semua....

Dah lama tak update cerita dekat sini, ok kali ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke janda baik.Dari klang ke janda baik ambil masa 1 jam  jam,sekejap je kan,memang saja cari tempat yang dekat-dekat je.
Pada pagi sabtu saya bangun awal sikit sebab nak memasak apa yang patut untuk buat bekalan di sana nanti. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi ,saja nak pergi awal-awal,jalan pun tak jem.
Janda baik memang terkenal dengan sungai-sungai yang cantik dan di sini juga banyak chalet dan resort, u all just pilih je.
Bila kami sampai di fifty4ferns resort ,kami begitu teruja sekali,cantik ,terasa macam berada di kampung sendiri.Bagi kami tempat ini ok sangat kalau nak relax tension .

Turun dari kereta terus ambik gambar, belakang tu banyak pokok durian .
Dekat sini ada kolam ikan , kalau rasa boring boleh la memancing. Tapi bila dapat ikan korang kena lepaskan  balik yer, best tau baru je letak dah dapat ikan
yeaayyyyy dapat ikan,
kolam renang yang bersih ,di kelilingi dengan pokok buah-buahan ,tapi sayang masa kami sampai di sini banyak buah yang tak masak lagi.Kami mandi dekat sini je, nak mandi air terjun jauh sangat ,nak kena berjalan 45 minit baru sampai.
Cantik kan,,masa nak pergi sarapan sempat ambik gambar,kena naik tangga sikit la nak pergi makan .
Kami makan nasi lemak , sedap jugak la.dekat sini sarapannya tak banyak menu sebab resort ni tak banyak chalet.
Rasa tenang je kan
Banyak pokok buah-buahan tempatan di sini,untung kalau siapa yang datang sini waktu buah dah masak.

Kalau nak buat bbq macam dalam gambar ni kena bayar rm25 sekali dengan arang,sesuai la dengan keluarga kecil kami ni.Ada tempat bbq yang besar juga tapi tak pasti berapa  kena bayar.
walaupun makanan  simple, tapi syok ooo makan di tepian sungai.
Ini sebenarnya untuk pasangan bulan madu je ok, tapi di sebabkan bilik-bilik yang lain dah full,diorang bagi kami duduk di sini, harga 1 malam rm 480 ok.

Setakat di sini saje coretan saya, untuk maklumat lanjut,korang boleh tengok di facebook
fifty4ferns.









Jumaat, 20 Mei 2016

EVERLAND KOREA

 Assalammualaikum , bertemu kembali .Hari ini saya nak sambung semula cerita saya  tentang korea
Kali ini saya nak bercerita tentang everland, kalau korang nak pergi korang kena datang sini 1 hari  tau. Dekat sini tersangat cantik  u alls!!,kami  datang sini daripada pagi sampai ke malam.Tempat ini  luas ,macam -macam ada,taman permainan ,zoo  dan  taman bunga.
Dekat sini  memang payah nak dapat makanan halal ok, jadi kalau nak selamat bawa lah makanan ringan  dan sebagainya. Satu lagi , kalau datang korea kena stanby botol air kosong yer , botol tu  untuk isi air untuk kegunaan dalam tandas,( negara korea hanya guna tisu tandas) masuk tandas isi air dulu dekat paip sinki ok. Opsss!! satu lagi korang jangan buang sampah merata-rata yer sebab negara korea meruppakan negara yang bersih.
Oklah, tak nak cerita banyak sangat, jom cuci mata tengok pemandangan di everland.
Bunga tulip ,selama ni tengok yang plastik je kan ,bila dapat tengok depan mata  betapa gembira tak terkata.

Cantik kan

SEJUK!

NICE


Hotspot yang wajib ambik gambar

Beratu panjang  woo


Bila waktu malam penuh cahaya lampu







Haa,yang ni yang kami naik.kecut perut wei



Isnin, 25 April 2016

Nami island 2016

Assalammualaikum.......

Agak lama saya menyepi ,dah bersawang dah blog ini.
Petang ini cuaca pun mendung, badan pun dah kembali sihat.
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pulang ke tanah air,selepas selama seminggu bercuti  di korea.Di sini saya kongsikan sedikit cerita tentang percutian kami.

-Kami bertolak ke korea pada waktu malam  dengan menaiki pesawat vietnam airlines, pesawat ni transit ke vietnam selama 1 jam setengah..selepas itu kami  terus terbang ke korea..memang tak boleh nak tido dalam pesawat..daripada vietnam ke incheon (korea) mengambil masa dalam 4 jam lebih jugak.
Akhirnya kami sampai dalam pukul  5 pagi..Alhamdulillah,sampai jugak ke korea.
kaki terus ke balai ketibaan..perggghh..ramai orang ,mungkin sebab musim bunga kot.
-Kami terus naik itx ke yongsan >gaphyeong  untuk meneruskan perjalanan ke nami island..mujur ada jumpa pemandu taxi yang boleh speaking english..
Sebelum ke nami island kami kena cari hotel dulu,dengan bantuan driver taxi tersebut semuanya menjadi mudah...Selepas siap letak beg,kami terus ke nami island...sampai di situ kami begitu teruja,ye la di sini la lokasi drama korea winter sonata.





Selasa, 2 Februari 2016

kea farm cameron higlands

Assalammualaikum....harini  sambung lagi entri ke cameron higlands

Kalau datang ke cameron ni  tempat wajib  kita  singgah ialah kea farm.
Dekat  kea farm macam-Macam ada  jual..baju,teh,coklat,pokok bunga,buah-buahan, buahan, yang special dah tentu buah  stawberi.sayur dan sebagainya.
Ini saje gambar-gambar yang saya dapat share di sini memandangkan banyak gambar dah  hilang dalam fon..


First time try sambal abang..emm..tekak kami tak boleh telan..macam sambal tumis biasa tapi gabungan stawberi dan ikan masin..katanya sedap makan dengan nasi lemak..bagi kami biasa-biasa je sambal ni,sedap lagi sambal nasi lemak biasa.hehehe











Roti lembut dan gebu

Dah lama tak meroti...tengahari tadi dengan berbekalkan kerajinan diri terhasil jugak roti saya.Sebelum ni macam-macam versi resepi saya cuba..tapi yang ni memang lembut..bahan pun mudah...saya tak de breadmaker ,jadi uli dengan tangan je..tengok you tube je cara uli roti hihihi. Jom tengok resepi kat bawah.Saya dapat resepi ni dari fb jugak..banyak versi resepi roti sebenarnya...disebabkan bahannya mudah..jadi saya memberanikan diri untuk membuat..,hasilnya memang gebu.







Isnin, 1 Februari 2016

Bercuti di cameron higlands part 1

Assalammualaikum,bertemu kembali ....harini saya nak share pengalaman dan tempat menarik di cameron highland..Sebelum ni asyik dengar orang bercerita je kan, ok tak nak cakap banyak...jom kita terjah cerita saya.....
Kami orang bertolak dari klang  ke cameron higlands ambil masa dalam 4jam lebih jugakla,bergantung pada kesesakan jalan raya .
Kami memilih untuk menginap di hotel copthorn, bagi saya hotel ni memang strategik,bilik pun selesa dan harga berpatutan.Hotel ini berdekatan dengan kea fram, apa yang ada dekat kea farm?
Dekat sini ada jual makanan,poko bunga,sayur-sayuran dan macam- macam lagi.

-Pada  keesokan harinya kami pergi ke ladang teh boh sungai palas,  sebab tak penah pergi kami rasa exited sangat,,sampai di sana menikmati pemandangan di situ terasa segar dan nyaman sekali.
Pukul 8.30 pagi kami dah menunggu depan gate,hahhaha,,kalau lambat memang berderet la kereta.
Sampai dekat cafe ,kami menikmati makanan dan juga air teh boh, nasi lemak dan kek stawberi yang ada kat cafe ni memang sedap.Kalau tak percaya korang try la nanti.
Lepas dah siap makan ,kami pergi tengok kilang buat teh di situ, dah puas tangok  kami pun pergi kedai cenderahati  ,dekat sini ada  jual teh,macam-macam perisa ada ,mug ,baju pun ada dijual jugak Dah puas ambik gambar berposing sakan,kami pun keluar dan terus pergi taman rama-rama ,dekat situ dah tentu la ada rama-rama dan ada juga taman bunga.

-Destinasi seterusnya di cameron lavender... apa yang ada? macam-macam ada.
Antaranya taman bunga,pokok stawberi, ada kedai  souvenir { dekat kedai ni banyak jual wangian berasaskan bunga lavender.Kedai -kedai lain  ada jugak yang menjual baju,pokok bunga dan sebagainya.





nice view,

pokok bunga apa pun saya tak tahu,masa di cameron lavender

cantikkan?



haa...geramnya tengok stawberi ni,merah menyala.

Tanpa edit tau..suka tengok bunga-bunga dekat sini.