Isnin, 22 Ogos 2016

Fifty4ferns janda baik


Assalammualaikum semua....

Dah lama tak update cerita dekat sini, ok kali ni saya nak cerita pengalaman saya bercuti ke janda baik.Dari klang ke janda baik ambil masa 1 jam  jam,sekejap je kan,memang saja cari tempat yang dekat-dekat je.
Pada pagi sabtu saya bangun awal sikit sebab nak memasak apa yang patut untuk buat bekalan di sana nanti. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi ,saja nak pergi awal-awal,jalan pun tak jem.
Janda baik memang terkenal dengan sungai-sungai yang cantik dan di sini juga banyak chalet dan resort, u all just pilih je.
Bila kami sampai di fifty4ferns resort ,kami begitu teruja sekali,cantik ,terasa macam berada di kampung sendiri.Bagi kami tempat ini ok sangat kalau nak relax tension .

Turun dari kereta terus ambik gambar, belakang tu banyak pokok durian .
Dekat sini ada kolam ikan , kalau rasa boring boleh la memancing. Tapi bila dapat ikan korang kena lepaskan  balik yer, best tau baru je letak dah dapat ikan
yeaayyyyy dapat ikan,
kolam renang yang bersih ,di kelilingi dengan pokok buah-buahan ,tapi sayang masa kami sampai di sini banyak buah yang tak masak lagi.Kami mandi dekat sini je, nak mandi air terjun jauh sangat ,nak kena berjalan 45 minit baru sampai.
Cantik kan,,masa nak pergi sarapan sempat ambik gambar,kena naik tangga sikit la nak pergi makan .
Kami makan nasi lemak , sedap jugak la.dekat sini sarapannya tak banyak menu sebab resort ni tak banyak chalet.
Rasa tenang je kan
Banyak pokok buah-buahan tempatan di sini,untung kalau siapa yang datang sini waktu buah dah masak.

Kalau nak buat bbq macam dalam gambar ni kena bayar rm25 sekali dengan arang,sesuai la dengan keluarga kecil kami ni.Ada tempat bbq yang besar juga tapi tak pasti berapa  kena bayar.
walaupun makanan  simple, tapi syok ooo makan di tepian sungai.
Ini sebenarnya untuk pasangan bulan madu je ok, tapi di sebabkan bilik-bilik yang lain dah full,diorang bagi kami duduk di sini, harga 1 malam rm 480 ok.

Setakat di sini saje coretan saya, untuk maklumat lanjut,korang boleh tengok di facebook
fifty4ferns.









1 ulasan:

  1. assalam. saya nk bertanya. utk bbq tu kena bayar per head ke? atau hanya sewa tmpt pemanggan bbq shj? nasi pun family cik masak sendiri ke?

    BalasPadam