Isnin, 1 Februari 2016

Bercuti di cameron higlands part 1

Assalammualaikum,bertemu kembali ....harini saya nak share pengalaman dan tempat menarik di cameron highland..Sebelum ni asyik dengar orang bercerita je kan, ok tak nak cakap banyak...jom kita terjah cerita saya.....
Kami orang bertolak dari klang  ke cameron higlands ambil masa dalam 4jam lebih jugakla,bergantung pada kesesakan jalan raya .
Kami memilih untuk menginap di hotel copthorn, bagi saya hotel ni memang strategik,bilik pun selesa dan harga berpatutan.Hotel ini berdekatan dengan kea fram, apa yang ada dekat kea farm?
Dekat sini ada jual makanan,poko bunga,sayur-sayuran dan macam- macam lagi.

-Pada  keesokan harinya kami pergi ke ladang teh boh sungai palas,  sebab tak penah pergi kami rasa exited sangat,,sampai di sana menikmati pemandangan di situ terasa segar dan nyaman sekali.
Pukul 8.30 pagi kami dah menunggu depan gate,hahhaha,,kalau lambat memang berderet la kereta.
Sampai dekat cafe ,kami menikmati makanan dan juga air teh boh, nasi lemak dan kek stawberi yang ada kat cafe ni memang sedap.Kalau tak percaya korang try la nanti.
Lepas dah siap makan ,kami pergi tengok kilang buat teh di situ, dah puas tangok  kami pun pergi kedai cenderahati  ,dekat sini ada  jual teh,macam-macam perisa ada ,mug ,baju pun ada dijual jugak Dah puas ambik gambar berposing sakan,kami pun keluar dan terus pergi taman rama-rama ,dekat situ dah tentu la ada rama-rama dan ada juga taman bunga.

-Destinasi seterusnya di cameron lavender... apa yang ada? macam-macam ada.
Antaranya taman bunga,pokok stawberi, ada kedai  souvenir { dekat kedai ni banyak jual wangian berasaskan bunga lavender.Kedai -kedai lain  ada jugak yang menjual baju,pokok bunga dan sebagainya.





nice view,

pokok bunga apa pun saya tak tahu,masa di cameron lavender

cantikkan?



haa...geramnya tengok stawberi ni,merah menyala.

Tanpa edit tau..suka tengok bunga-bunga dekat sini.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan