Selasa, 2 Februari 2016

kea farm cameron higlands

Assalammualaikum....harini  sambung lagi entri ke cameron higlands

Kalau datang ke cameron ni  tempat wajib  kita  singgah ialah kea farm.
Dekat  kea farm macam-Macam ada  jual..baju,teh,coklat,pokok bunga,buah-buahan, buahan, yang special dah tentu buah  stawberi.sayur dan sebagainya.
Ini saje gambar-gambar yang saya dapat share di sini memandangkan banyak gambar dah  hilang dalam fon..


First time try sambal abang..emm..tekak kami tak boleh telan..macam sambal tumis biasa tapi gabungan stawberi dan ikan masin..katanya sedap makan dengan nasi lemak..bagi kami biasa-biasa je sambal ni,sedap lagi sambal nasi lemak biasa.hehehe











Roti lembut dan gebu

Dah lama tak meroti...tengahari tadi dengan berbekalkan kerajinan diri terhasil jugak roti saya.Sebelum ni macam-macam versi resepi saya cuba..tapi yang ni memang lembut..bahan pun mudah...saya tak de breadmaker ,jadi uli dengan tangan je..tengok you tube je cara uli roti hihihi. Jom tengok resepi kat bawah.Saya dapat resepi ni dari fb jugak..banyak versi resepi roti sebenarnya...disebabkan bahannya mudah..jadi saya memberanikan diri untuk membuat..,hasilnya memang gebu.







Isnin, 1 Februari 2016

Bercuti di cameron higlands part 1

Assalammualaikum,bertemu kembali ....harini saya nak share pengalaman dan tempat menarik di cameron highland..Sebelum ni asyik dengar orang bercerita je kan, ok tak nak cakap banyak...jom kita terjah cerita saya.....
Kami orang bertolak dari klang  ke cameron higlands ambil masa dalam 4jam lebih jugakla,bergantung pada kesesakan jalan raya .
Kami memilih untuk menginap di hotel copthorn, bagi saya hotel ni memang strategik,bilik pun selesa dan harga berpatutan.Hotel ini berdekatan dengan kea fram, apa yang ada dekat kea farm?
Dekat sini ada jual makanan,poko bunga,sayur-sayuran dan macam- macam lagi.

-Pada  keesokan harinya kami pergi ke ladang teh boh sungai palas,  sebab tak penah pergi kami rasa exited sangat,,sampai di sana menikmati pemandangan di situ terasa segar dan nyaman sekali.
Pukul 8.30 pagi kami dah menunggu depan gate,hahhaha,,kalau lambat memang berderet la kereta.
Sampai dekat cafe ,kami menikmati makanan dan juga air teh boh, nasi lemak dan kek stawberi yang ada kat cafe ni memang sedap.Kalau tak percaya korang try la nanti.
Lepas dah siap makan ,kami pergi tengok kilang buat teh di situ, dah puas tangok  kami pun pergi kedai cenderahati  ,dekat sini ada  jual teh,macam-macam perisa ada ,mug ,baju pun ada dijual jugak Dah puas ambik gambar berposing sakan,kami pun keluar dan terus pergi taman rama-rama ,dekat situ dah tentu la ada rama-rama dan ada juga taman bunga.

-Destinasi seterusnya di cameron lavender... apa yang ada? macam-macam ada.
Antaranya taman bunga,pokok stawberi, ada kedai  souvenir { dekat kedai ni banyak jual wangian berasaskan bunga lavender.Kedai -kedai lain  ada jugak yang menjual baju,pokok bunga dan sebagainya.





nice view,

pokok bunga apa pun saya tak tahu,masa di cameron lavender

cantikkan?



haa...geramnya tengok stawberi ni,merah menyala.

Tanpa edit tau..suka tengok bunga-bunga dekat sini.

















kek snow cheese

Assalammualaikum....

Bertemu kembali di alam maya...hahaha..banyak sebenarnya entri yang tertinggal..
Ok...haritu saya try buat kek snow cheese..
Perisa pandan filling blueberi..emmm..ternyata memang sedap....jom kita terjah resepi di bawah...

Bahan-bahan;

4 biji telor
1 setengah cawan tepong kek(ayak dulu)
Setengah cawan gula castor
Setengah cawan minyak  jagung
1 sudu ovalete
Esen vanila
Emulco pandan
------kalau korang nak buat perisa lain just tukar perasa je la..hehe

Cara-cara:

Pukul telor ,gula,ovalete sehingga gebu sampai warna putih..
Masuk tepong,kacau lagi...masuk perasa,esen vanila , kacau lagi..lepas tu masuk minyak..kacau adunan dengan menggunakan kaedah kaup balik..

pastikan oven dipanaskan dulu yer..

Boleh la bakar kek tadi..mengikut suhu oven anda..
Dah masak boleh sejukkan..

Cream cheese leleh;
 250 gram cream cheese
 Setengah tin susu pekat manis
100ml fresh krim
cheese parut (beqa)
filling blueberi

----pukul cream cheese pada suhu bilik yer..
pukul sampai gebu..masuk susu pekat..

Dalam mangkuk lain..korang pukul fresh krim tadi..sampai bertanduk..
Lepastu boleh la dicampur dengan cream cheese tadi...
Boleh la deko kek tadi..Saya deko guna bahan yang ada  je,hihihi,janji sedap,kebetulan buat haritu masa ada famly datang,memang sekejap je la habis.